12 februari 2013
Hari ni kami berziarah ke sekitar Makkah tetapi sebelum itu dengar dulu tazkirah oleh ustaz ahmad ridhawi ., pertame kami melawat perkuburan ma'la. Di situ terletaknya makam saidatina khadijah r.a dan beberapa org sahabat seperti abd rahman bin abu bakar . Seterusnya kami melihat Masjid Jin iaitu tempat di mana Rasullulah SAW telah mengislamkan jin pada awalnya namun kami tak dapat masuk ke dalam ruang solatnya ., tetapi mengikut ustaz , masjid ni ada banyak jin dan menjadi tempat berkumpulnya jin3., berdekatan hotel kami juga terletak Masjid Sajarah atau Masjid Pokok , dinamakan sedemikian kerana tercatat dalam sirah Rasulullah saw ., bahawa pernah baginda dicabar kafir makkah supaya memanggil pokok tersebut kepadanya ., dan ternyata baginda memanggil dan pokok itu berjalan ke arah baginda langsung sujud ,,
Tamatlah sudah jejak rasul oleh agen kami ., namun tidak bagi kami ., meneruskan perjalanan sehingga kami menemui Maktabah Makkah Mukarramah atau pada awalnya adalah tempat kelahiran Rasulullah saw ., sesampai kami di sana , banyak papan tanda "Tidak ada kesahihan bahawa ini adalah tempat kelahiran baginda,dilarang meratap dan sbgainya" gamaknya ramai la kot orang dok buat perangai pelik3 kt situ . Sebelah daripadanya ialah Telaga Zamzam ., ramai orang menyimpan air dalam botol kecuali orang India je yang pelik sikit ,. Simpan air dalam kain ., mengikut pakcik aku ., itu sebab kerajaan India tak bagi bawak balik air Zamzam., kesian.,
Selesai suda jejak rasul kami ., next pitstop ., area pintu utama masjid Haram aka area jam besar tu ., cantik tambahan dengan pusat membeli belah yang sangat standard ., cewahh!! Hak3 nak cerita cane baiknya muslim3 kat sini ., mase kami tengah makan nasi beriyani laok kambing ., tibe je ade mamat turki datang bagi salam terus minta ayam kami cakap 'halal!halal!halal!' ., kami pon 'halal!halal' la ., haha
Malam tu kami selepas magrib pegi la tawaf tapi niat nak tawaf dah terbatal sebab dok kene tolak dengan orang ., hasilnya tak pase2 yayan dapat cium hajar aswad walaupn kene pau 50 riyal dan kami adik beradik dapat solat di Hijr Ismail ., alhamdulillah
No comments:
Post a Comment