Mar 9, 2011

dun wanna to grow up!!



Dulu, saya nak cepat-cepat jadi dewasa
Boleh pakai kasut tumit tinggi
Boleh melaram, mekap-mekap muka

Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita
Boleh pegi mana-mana saya suka
Boleh bercinta
Boleh balik rumah lewat malam
Banyak benda lah boleh buat kalau dah besar ni.

Lama-lama, baru saya perasan..
Saya dah tak baca komik doraemon, tapi baca majalah cleo
Saya dah tak main kereta kecik2, tapi mandu kete besa
Saya dah lama dapat kunci 21
Saya dah boleh mengundi
Kahwin pun boleh, kalau saya nak.

Saya ingatkan best jadi dewasa ni
Saya boleh buat keputusan sendiri, kakak dan abang saya dah tak boleh marah saya
Saya bukan budak hingusan lagi tapi mahasiswa universiti
Universiti saya kat Eropah pulak tu, tak penah-penah saya fikir nak pergi overseas
Kalau pegi [I]theme park[/I], semua [I]rides[/I] saya boleh naik, tiada halangan umur atau tinggi
Dulu saya buat karangan "Saya Seekor Nyamok" tapi baru-baru ni saya[I] submit essay[/I] pasal [I]forensic evidence in courts of law[/I]
Dulu saya mintak papa beli komputer sebab nak main games, tapi sekarang saya beli komputer untuk buat assignments dan macam-macam.

Rupa-rupannya...
Jadi dewasa ni...
Kena matang
Kena professional
Banyak tanggungjawab
Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu
Banyak [I]essay[/I] nak kene tulis
Banyak pakai duit
Tak boleh emosional tak bertempat
Kena cari makan sendiri
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan
Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita
Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina
And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..



Namun itulah sunnatullah
Saya kena hadapi dengan redha dan tabah.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." ([B]Surah Al-Baqarah; 286[/B])