Menyambung jejak rasul di luar Makkah bertolak jam 7 30 am meskipun janjinya 6 30am ., jangan tak kenal janji melayu .,
Tapi sebelum apepon ., alhamdulillah pagi sebelum subuh ., kami berkesempatan berqiamulail di MasjidilHaram ., *kat tempat sendiri pn tak penah buat kot!
Destinasi pertama kami ialah Gua Thur ., tapi tengok dari jaoh jela ., ate nak naik Jabal Thur ambil masa sampai 2 jam kot!memang tak dapat la nak naik , melainkan pergi sendiri .,
Kemudian kami ke Padang Arafah dan Jabal Rahmah ., padang arafah dah jadi kebun dah kate mutawif sebab dah banyak pokok ditanam ., kire masa depan teduh la tu ., di Jabal Rahmah memang ramai orang naik ., kat sini orang kate nak doa dapat jodoh paling best sebabnya di sinilah Nabi as bertemu semula dengan Siti Hawa ., so aku pon tak lepas peluang la doa minta jodoh ., hahaha
Kemudian kami melalui Muzdalifah iaitu tempat para jemaah mengutip anak batu untuk dilontar jamrah ., kate mutawif , bile mase haji memang sibuk dari Arafah ke Muzdalifah so ad 9 jalan dibuka ., banyak betul! Seterusnya kami melalui Mina , tempat melontar jamrah , banyak gile khemah kat tempat nie ., by the way , for your information , btw , fyi masa on the way aka otw ke Muzdalifah kalau tak silap ., terdapat tembok air yang dibina pada zaman Khalifah Harun Ar Rashid ., maklumla zaman tu mana nak ada paip macam sekarang ., maka bersyukurlah dengan kemajuan yang ada tapi masa yang sama berwaspadalah kerana kita ni umat akhir zaman yang banyak godaannya.
Selepas miqat umrah di Jahranah ., kami sekali lagi lalu je kat Jabal Nur tempat baginda SAW menerima wahyu pertama iaitu di Gua Hira' ., yang nie kalau nak naik hanya ambil mase 45minit ,.
Next stop! Masjidil Haram menunaikan umrah ., alhamdulillah sebelum masuk Asar kami dah selesai ., penat3 ., rehat cam nak tidur plak ., tapi No!No!No! Magrib da nak masuk ., 6 18 pm .,
Selepas solat isyak , kami tekad nak pergi cium Hajar Aswad so isyak , kami solat dekat3 je dengan Kaabah dan lepas je bagi salam teros bergerak ke Rukun Hajar Aswad ., dan akhirnya selepas bertolak3 dengan bantuan Indon ., alhamdulillah dapat gak cium ., agak nyesal sebab tak cium lame3 ., tp syukur jela ., hehe Malam tu kami naik ke tingkat paling atas Masjidil Haram .,
No comments:
Post a Comment