11 februari 2013
Subhanallah ., the first word out of my mouth pada lebih kurg 6 00am waktu saudi ., aku telah selamat tiba di kota makkah wlaupun banyak tertidur dalam bas tadi .,
Hotel kat sini simple je ., kami tinggal 7 orang dan ada 7 katil single bed ., okayy la kan?? Jam 8 pg kami bergerak untuk sarapan dan setelah beberapa ketika tunggu semua jemaah ., kami bergerak ke masjid al haram melalui pintu marwah ., subhanallah ! Lautan manusia kelihatan di lapangan masjid terutama di rukun hajar aswad dan belakang makam ibrahim .,
Aku bergerak bersama3 opah dan lain3 tp terpisah ., dan aku akhirnya berjalan dengan adikku imran aka yayan ., selesai tawaf kami saie dan ternyata memang penat ., tak tahu la camne atok dengan opah ., tadi mse teserempak pon tengok dah naik merah muke atok ., kesian ., tapi atok tanak naik kerusi roda so nak wat camne kan ? By the way kasut kami semua hilang ., alamatnya berkaki ayam la ., mujur kedai kasut dekat je ., pengajaran ., jangan tinggal kasut! Bawak je mase tawaf dan saie .,
Malamnya kami bergerak ke masjid utk solat magrib ., kami lambat sebab tertidur sampai dekat3 magrib la jugak ., so kami solat kat luar je ., selepas magrib baru kami bergerak masuk ke masjid dan menunaikan tawaf sunat dan solat sunat ., alhamdulillah kami dapat solat di lapangan sekeliling kaabah ., mak aih! Manusia himpit3 kot .,dan bila dah masuk waktu , lelaki dan perempuan diasingkan ., agak kesian gak la hajjah3 *kate pengawas arab* kena halau .,
Sedikit peringatan :
Waktu tengah tunggu isyak ., kami duduk belakang ada arab3 kot dok sembang3 ., pastu sorang sheikh tegur 'hazal makan li solat , li zikir , li qara alquran ., one thousand times!' terdiam teros pakcik3 arab uh.,
No comments:
Post a Comment