Feb 16, 2013

Day seven

Hari nie kami menunaikan umrah kali keempat dan berniat di miqat yang paling dekat dengan Makkah ., ha! P cek balik buku PSI ., hahaha iaitu Taneem .,
Perjalanan pergi dan balik 10 riyal je ., tapi mule3 kami ingat 5 riyal je., mujur pakcik tu kaye.,dapat gak die bayarkan dulu ., lepas tu aku bayarlah ., ingat jahat sangat ke??ish3

Waktu kami kerjakan tawaf dan saie ., orang tak ramai ., so cepat la siap ., kalau tak dekat sejam tawaf je ., dan kemudian hari berjalan macam biasa sehinggalah waktu magrib .

Kami solat di tingkat atas sekali ., pergh!feel je angin tiup ., layann~ hak3 imam bace Surah Al Fajr ., sampai je ayat 24 ., imam tersedu3 ., kami tak paham takde rasa sangat tapi selepas die cek ., rupanya memang patut la imam nangis sampai ke solat jenazah

*fyi : sejak hari pertama aku berada di sini ., setiap kali lepas solat fardhu ada solat jenazah ., dekat sungguh mati kan??

Berikut adalah ayat 24-30 Al Fajr ., semoge kawan3 hayati ., termasuk dan menaip ni.,

89:24
يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي
Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"

89:25
فَيَوْمَئِذٍ لَا يُعَذِّبُ عَذَابَهُ أَحَدٌ
Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.

89:26
وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُ أَحَدٌ
Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.

89:27
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

89:28
ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

89:29
فَادْخُلِي فِي عِبَادِي
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

89:30
وَادْخُلِي جَنَّتِي
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

Selesai semua kami kembali ke hotel . Tapi dah habis dah tahlil dan doa selamat ., uit!bukan aku saje ye ., diorang kate pukul 9 start ., tapi ni pukul 9 habis apela ., so aku makan jela ., pergh!sedap3!nasi beriyani + daging kambing dan macam3 buah ade termasuk strawberi., =='' ., dah3 jangan nak muka pelik sangat ., ada tu tibai je ., hahaha

3 comments:

  1. haha..teringat masa aku gi umrah...
    betul an...
    tiap kali waktu solat ade je solat jenazah...
    :'I

    ReplyDelete
  2. tapi aku tak puas hati asal ko tak bitau aku!
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko da pna pg upenyer , so tape la ta btw pn ,. haha

      Delete