Feb 18, 2013

Day eight

Dah seminggu tinggal kat Makkah nie rupenya ., tapi aku rase macam sedikit sangat amal yang aku buat ., mudah3an Allah terima setiap amalku ., amin!

Hari ni kami ada mission! Menawan Jabal Thur ., hari tu tengok je kan?so today is the day ., hahaha kami datang 11 orang je termasuk ustaz Ibrahim ., bertolak jam 7 30 lebih kurang la.,dan tiba di kaki bukit 30 min lebih kurang gitu .,

Maka pendakian bermula! Tapi ambil gambar dulu ., haha dijangka perjalanan naik mengambil masa selama 2jam tapi alhamdulillah kami lebih pantas daripada yang dijangka ., kami sampai 1jam lebih je ., hehe satu pengalaman yang menarik sangat masa nak naik tu sebab mereka di sini bukannya nak mendaki pakai tshirt dan seluar track bagai ., tapi hanya berjubah ., macam nak jalan biasa3 je.,menarik3! Hahaha

Kisahnya kami mendaki gunung ini bukan semate mahu melihat tempat persembunyian Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar ra ., tetapi juga mahu merasai sendiri bagaimana susah payahnya seorang wanita mengandung yang namanya telah dijanji akan mendapat balasan syurga iaitu Siti Asmaq ., beliau yang sarat mengandung sangup membawa tugas untuk menghantar makanan kepada baginda sehinggakan beliau dijanji Rasulullah saw akan mendapat dua tali pinggang di syurga kelak ., subhanallah., kami yang tak mengandung+lelaki pon dah tercungap3 ., maka tidak hairan la beliau diberi ganjaran Allah sedemikian rupa.,

Setibanya di puncak bukit kami dapat melihat hampir seluruh kota Makkah ., boleh bayang tak betapa tingginya??ketinggian adalah 5413 kaki ., tinggi kannnn?? Sampai sebegitu sekali langkah yang diambil baginda semata3 hendak menyampaikan Islam kepada kita ., selawat dan salam atas baginda saw .,

Seterusnya kami beratur untuk melihat sendiri dalam Gua Thur itu sendiri.,tuan3 dirahmati Allah ., cewah!dah macam bagi kuliah., hahaha dalam gua tu tak besar mane pon.,muat3 nak solat duduk dan ruang ada sikit lagi ., kami tercari3 kat mana agaknya tempat duduk baginda tetapi tak pasti ., so kami relax lame sikit walhal orang lain dok kene 'calo.,calo' sebab kami duduk kat tempat bukan orang beratur ., kami panjat3 batu dalam gua tu ., hak3 subhanallah sayangnya Allah pada kekasihNya hingga angin dalam gua tu macam aircond je dan gua tu memang telah diciptakan menghadap kiblat ., semoga ziarah tersebut sedikit sebanyak memberi peringatan terhadap diriku yang lemah ni ,

Opah hilang kot! Mak aih ., jenuh tunggu kat tempat biasa ., tak sampai3 pon .,last3 atok kate balik jela.,malam nie jadi budak baik sebab atok pergi masjid ., opah awal3 dah pergi dengan Pakcik Ta., tapi bile kami jumpe di rendezvous ., pakcik ta cakap.,opah dah hilang mase tawaf tadi ., so kami tunggu kat situ jela.,alih3 sampai ke sudah takde ., bile dah pukul 11 30 ., atok suruh aku dan inja pergi cari kat masjid ., pergh!mencari di Masjid Haram bukan cam nak cari kat Masjid Besi weyy ~ doa3 jela jumpe ., tapi bile scaning3 kat tempat perempuan ., takde plak . Dah tanye Pakcik Ta yang setia tunggu pon takde katanya., last3 ., kami kate ., takpe la ., opah tahu jalan balik kan ., Kuasa Allah., kami keluar je pintu Marwah ., tengok opah duduk kat tiang., mujur nampak ., bile ditanye suspek., rupenya opah dok mencari takot dan takot nak balik ., tapi alhamdulillah jumpe ., pnat balik terus tidur ., lupe nak cuci muke dan  tarok minyak mama bagi ., by the way ., saye maskulin kot ., hanya selepas dah kene sunburn ., haha

No comments:

Post a Comment