Feb 22, 2013

Day eleven

Alhamdulillah walaupun tido kami adik beradik je ., berjaye gak bangun subuh ., risau jugak sat g terlajak macam kat rumah ., buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi ., subhanallah ., memang sangat3 cantik ! Buat pengetahuan siapa3 yang tak tahu ., kawasan dataran masjid ni ada banyak payung besar ., selepas subuh , kami dapat gak tengok camne payung3 tu bukak ., memang moden habis ., hak3

Lepas makan , aktiviti kami adalah melawat Perkuburan Baqi' ., perkuburan ini terletak bersebelahan dengan masjid ., antara yang dimaqamkan di sini ialah isteri3 Rasulullah saw dan sebahagian sahabat3 baginda .,

seterusnya kami ke kawasan Raudhah ,. Pernah bersabda Nabi saw .,
mafhumnya :

kawasan dari mimbarku hingga ke rumahku adalah taman daripada taman3 syurga .,

Alhamdulillah aku dapat bersolat Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan Dhuha di kawasan berkarpet hijau ini ., dapat jugak merasa berada dalam taman3 syurga ., kalau tak kene tunggu mati dulu baru dapat ., itu pon tak tentu sebab kubur boleh jadi taman dari taman3 syurga ataupun lubang dari lubang3 neraka ., mudah3an kita menjadi golongan yang pertama .,

Bersebelah dengan Raudhah adalah Maqam baginda Rasulullah dan dua orang Khalifah Arrasyiddin iaitu Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar ibnu Khattab yang dahulunya adalah rumah Saidatina Aisyah ra ., namun sekarang telah menjadi sebahagian daripada Masjid Nabawi .,

Pernah Aisyah bermimpi akan jatuh 3 bulan ke sisinya ., sebab itulah Rasulullah dan 2 sahabatnya dimaqamkan di rumah beliau ., dan sebagai tambahan ., sebelah kiri maqam baginda dikatakan tempat Nabi Isa as akan dimaqamkan setelah wafat nanti ., wallahuallam .,

P/s : salam kawan3 kepada baginda telah saya kirimkan ., dan ketahuilah bahawa Rasulullah menjawab salam kita semua ., cuma kita yang tak dengar .,

Nak diceritakan kat sini ., para pengawal dan pegawai masjid makin tegas dalam menegah perkara3 mengarot seperti mencium mimbar nabi atau mencium maqam baginda ., ada satu kumpulan tu kalau tak silap dari India kot ., kene tazkirah dengan pengawal ., mujur pengawal sini baik3 je ., kalau dihalau terus ., naya je .,

Untuk muslimat ., masjid ni tak macam Masjidil Haram sebab muslimat ada waktu lawatan ., yang aku pon tak sure bila .,

No comments:

Post a Comment