Jun 11, 2013

Semester Dua bakal tamat ., Tahun Satu akan ditinggalkan .,

Assalamualaikum wbt ., 

ayat biasa sebelum nak post dalam blog ini ., "dah lame kan aku tak update" , "dah bersawang dah blog aku" tapi kali ini tiada lagi melainkan ., 

"WELCOME BACK" hahaha *ape beza nye aku p0n tak sure*

selepas aku balik umrah *alhamdulillah* aku dah tak bukak dah blog aku nie ., kalau ada siapa3 yang rajin ter-bukak tu ., terima kasih la yee ., tapi mintak maap sangat ., memang takde ape3 yang nak diceritakan meskipun banyak je sebenarnya benda  dan event yang berlaku kat aku sejak masuk semesta dua ni ., 

*perlu ke aku cerita satu persatu??aish cam malas plak ., tapi takpe la ., kalau aku list je boleh kot*

sejak masuk semesta dua nie ., 

#pegawai temasya olahraga tahunan (TOT) *aku jumpe kawan2 dari kesit dan kejut yang same3 pimpin lanjutan*
#ajk karnival sukan fizik *walaupun paling tak buat kerja ., tapi thanx*
#timbalan pengarah lawatan industri *yang ni konflik gila laaaa nak buat! mujur ada kawan2 yang sangat3 supportive ., thanx guys*
#separuh akhir debat Piala Naib Canselor * pehhh! yang nie ada cam style ., ade cam bengong pon ada jugak*
#sekretariat NRIC *yang nie event nyer time cuti sem nie ., alamatnya memang aku balik kejap je laa
#exco kerohanian persatuan sains fizik sidang 13/14 *yang nie memang kuang asam ., time AGM uh tak habes2 aku kene keluar dewan sebab dorang dok cadang name aku*
#NYDP persatuan silat cekak malaysia sidang 13/14 *yang nie aku rase sebab roomate aku YDP sebab tu ak pon tak pasal3 kena tarik*
#ajk Malam Secangkir Kasih PSSCM * aku tertipu!! tetibe je datang meeting walaupun sebenarnya aku tak terlibat tapi yang cm best sebab aku jadi MC ., hahaha*



ada lagi ke eh?takde dah kot ., so nie la yang berlaku kat aku semester nie ., apepon setiap yang berlaku ada hikmahnya dan pasti ada pengajarannya ., hope for the best! ^_^


sekarang nie aku tengah final exam kot! so kalo ade sape3 yang terbace aku post nie ., doa3 kan la aku yee ., 

sebelum uh aku p0n nak doakan kawan3 aku dengan ucapan 

    " Break a leg guys!! i believe we can all can do the best we can ., never lose hope because ALLAH is always by our side"



till then ~ sayonara 

Feb 27, 2013

Day fourteen

Kami tiba di Jinnah International Airport pada jam 4 31 waktu Saudi tapi 6 31 waktu Pakistan ., kami akan transit pada jam 1 pagi nanti ., so kami layover di Airport Hotel ., peh ! Tak best langsung tandas ., air perlahan je ., flush pon takde ., so memang tak la nak buang ke ape kan??haha opps!cukup3 ., aku memang sangat3 peduli tang tandas kalau kat mana3 pon ., nak buat cane kan?? Hahaha Sementara tunggu transit malam nanti ., kami dibawa berjalan sekitar dan membeli belah .,  

Destinasi pertama ialah Masjid Etooba ., masjid ni mempunyai lanskap yang sangat cantik dengan bunga3 segar ., dan istimewanya masjid nie ., ia mempunyai kubah yang bergema yang diperbuat daripada kaca ., imam3 kat sini tak pakai mic la senang cakap ., seriusly memang gema ., tadi orang tua ka ., muda ka ., anak3 kecik ka ., semua dok jadi budak kecik ., hahaha

Seterusnya ke Image ., satu tempat shopping yang mahal gila ., hak3 barang3 memang la cantik ., tapi harga peh!! So tak nak cerita banyak ., kami ke next destination ., haa kat sini murah sikit ., cam satu mall kecil la ., buat pengetahuan semua ., Pakistan terkenal dengan barangan kulitnya ., kami beli sandal yang silap aku la ., patut tadi kami gamble sampai boleh dapat murah ., dan beg tangan untuk mama .,
Next stop and the last sebab kami pon bukan larat sangat ., semua muka minta nak tidur je ., haha kat sini kami beli jaket untuk ayah ., haa sebab tadi kami tak pandai tawar menawar ., aku minta Pakcik Ta yang berusaha dapat harga murah ., pergh!!sampai nak nangis aku tengok muka pakistan tu ., hahaha ce korang bayang ., daripada rm250 ., die tawar sampai jadi rm120 je ., hahaha then balik tidur sampai magrib .,

Sedikit konklusi mengenai Pakistan ., negara mereka tidak maju seperti kita buktinya kebanyakan mereka pakai Suzuki ape tah yang rupe cam kancil atau van Suzuki kecil ., kadang3 tengok dah macam gergasi masuk kereta pon ada ., hahaha ish tak baik gelak .,

Rakyat mereka ., ramai jugak yang menjadi peminta sedekah ., kami mase nak tunggu turun nak shopin ., diorang dok hulur3 tangan kat tingkap., siap tarik baju lagi ., ha! Lagi satu menarik ., mereka kalau boleh ., semua kenderaan nak hias ., hahaha daripada bas yang kami naik sampaila ke lori kontena ., hak3 kreatif ., kat sini aku rase takde peraturan diwajibkan memakai topi keledar kot ., ate semua atas jalan besar atau jalan kecil ., tak ramai pon pakai topi keledar .,

Flight bertolak jam 1 35 pg ., dan selamat tiba di malaysia jam 10 30 lebih ., alhamdulillah pengalaman mengerjakan umrah adalah sangat3 menyeronokkan dan mudah3an amal ibadat diterima Allah ., amin3!!

Feb 24, 2013

Day thirdteen

Hari ni adalah hari perpisahan dengan Rasulullah saw ., ternyata memang sedih sebenarnya ., selama beberapa kali aku solat dekat je dengan maqam baginda ., sepertimana baginda boleh menjawab salam yang ku beri ., maka aku sentiasa merasakan yang sebenarnya baginda melihat setiap gerak laku manusia yang bersolat di masjidnya termasuklah aku ., selawat dan salam ke atas junjungan baginda ., kerana susah payahnya ., hari ni kita dapat berada dalam iman ., in sya allah ,

Bersolat di Masjid Nabawi ni sebenarnya seronok ., tak tahu la ape yang seronoknya ., maybe sebab ada hadrat Rasulullah kot ., hak3 tapi kalau korang tengok camne manusia kat sini nak kate bersungguh3 la ., ce bayang ., Raudhah tengah dibersihkan ., manusia tunggu dekat tepi tu muke macam eager gile ., bukak je penghalang tu , berlari3 masuk Raudhah ., same gak tadi ., solat Jumaat kan takde perempuan ., so diorang tunggu je ., bukak je penghalang tu ., menderu masuk ., aku rase kalau aku duduk situ ., mati pon boleh kot kene pijak ., hahaha tapi paling tak tahan mase lepas solat Jumaat ., aku dengan bunyi 'dupp' rempuhan kot ., diorang nak pergi kat maqam Rasulullah ., aku mase nak bagi Wada' pon dah macam kene himpit je ., so aku dari jaoh sikit dari maqam ., tapi harap3 Rasulullah jawab la ., hee

Pukul 4 15 kami bertolak menuju ke Airport Madinah dan menunggu flight jam 10 05 ., Airport Prince Muhammad bin Abd Aziz ni cantik la jugak ., tapi tak besar macam airport kat Jeddah ., nama pa tah taktaw ., hak3

Dah pukul 10 05 da ni weyh., tak nampak batang hidung pon kapal terbang PIA ni ., orang ramai dah gelisah dah ., aku pon tak terkecuali ., mana taknya ., aku dah plan dah dok tahan mata nak tidur sebab nak tidur dalam kapal terbang.,spoil3 ., nasib baik ada intenet ., tapi ada pon ., aku sampai dah bosan online dah ., hak3

Jam 10 45 baru sampai PIA nie ., jenoh tunggu ., tapi bukan boleh terus naik pon ., agak3 11 lebih la jugak baru dapat naik ., ate nak tunggu diorang buat persediaan ., tapi aku plan tetap berjalan seperti biasa ., dapat je duduk , without any further delay ., padam! Hahaha waktu nak terbang pon aku tak tunggu ., nampak tak betapa mengantuknya aku ., hak3 dan aku tidur ., tidur ., dan tidur ., makan bile ada makanan ., dan tidur ., tidur tidur .,., zzZZZ!

Feb 22, 2013

Day twelve

Jam menunjukkan pukul 6 tepat ., tettt!!tettt! Aku terbangun lambat ,. Hampeh ., ni sebab ape tah panjang sangat sampai kusyuk mimpi ., diorang semalam kate hari nie lawatan pukul 7 dah kene turun ., adeii ., tapi ape3 pon ., mujur sempat gak nak subuh ., kalau la menqada' solat kat bumi nabi ni mesti malu kan??

Hari ni lawatan dan ziarah ke sekitar Madinah ., dan lokasi pertama kami adalah masjid pertama yang dibina baginda ., tak lain dan tak bukan iaitu Masjid Quba' ., fadilat mengerjakan solat di sini ialah satu solat dilakukan sama seperti umrah ., subhanallah ., Allah itu maha pemurah kan??

Seterusnya kami ke ladang kurma ., pergh! Kat sinilah tempatnya nak beli kurma ., kacang3 ., dan coklat berperisa kurma *berperisa la sangat ., aku rase manis sampai nak pening kepale ade lah, haha lupe nak bagitahu ., kami sambil membeli memang boleh rase sebanyak yang nak ., hak3 dan kurma yang paling mahal tak lain tak bukan kurma Ajwa atau kurma nabi ., bukan saje ye tarok name kurma nabi ., tapi sebab dulu nabi sendiri yang tanam ., dan in sya Allah kat biji die korang boleh nampak ada perkataan 'Allah' tapi arab la.,bukan rumi ye.,

Berdekatan dengan situ terletaknya banjaran paling besar dalam Madinah .,nak cerita besar tak besar
., tengok la sendiri ., aku dulu pon tak sangka besar rupenya bukit Uhud nie ., patutla banyak yang dibandingkan dengan bukit ni ., sebagai contoh mafhum hadis ni :

''barangsiapa yang bersolat jenazah ., baginya satu khair ., bagi sesiapa yang mengiringi jenazah ., baginya satu khair ., satu khair adalah bersamaan kebaikan sebesar bukit Uhud''

Maksudnya ., besar sangat la pahala solat jenazah ni ., so jangan la korang malas buat kalau ada mayat nak disolatkan ye ., bercerita mengenai solat jenazah ni ., buat pengetahuan semua ., salah seorang jemaah kami telah meninggaldunia setelah kami datang ke Madinah ., diorang dok panggil tok wan ., aku pon tak tahu yang mane satu ., tapi die demam kuat mase sampai Madinah hari tu ., Allahu Akbar ., mesti arwah baik sampai Allah bagi ajal kat tanah haram ni ., yang kita ni tah mane3 la nak mati nanti ., banyak3lah berdoa mudah3an kita dimatikan dalam keadaan mulia seperti arwah .,

Kenape kate mulia??sebab fadilat melakukan umrah adalah menghapuskan segala dosa ., kebetulan arwah meninggal lepas tu ., subhanallah .,

Eyh!tak habis lagi pasal bukit Uhud ., di sinilah tempat dimana tentera Islam telah tewas dek kerana melanggar arahan nabi sehinggakan gigi baginda patah dan tersebar khabar angin baginda telah wafat ., kami memberi salam kepada para syuhada Uhud antaranya Saidina Hamzah , Musab ibnu Umair dan lain3

Sebelum kembali ke hotel ., kami melalui kawasan Perang Khandak berlaku dan Masjid Qiblatain .,

Ha!jangan tak tahu kenapa diberi nama Qiblatain ., sebab kat situlah Rasulullah diberi wahyu untuk menukar qiblat daripada Masjidil Aqsa ke Kaabah ., Perang Khandak kalau siapa3 yang tak tahu ., ia juga dikenali sebagai perang parit ., sebab tentera Islam telah membuat parit atas cadangan Salman Al Farisi ., dan ia adalah peperangan terakhir berlaku di Madinah .,

Malam tu lepas aku dok online.,tibe je aku terserempak dengan naqib aku mase kat Izzuddin ., Farid ., walaupon die tak kenal muke aku sebab sunburn ., mujur die kate die kenal yang muke jambu3 dulu tu ., hahaha lagipun sebelum ni die datang sekolah mase aku form5 pon ., memang aku tak penah tegur die ., memang nasib la tak kenal kan??haha pengajaran jangan berlagak sombong tak tentu pasal .,

P/s: esok nak balik dah oii~

Day eleven

Alhamdulillah walaupun tido kami adik beradik je ., berjaye gak bangun subuh ., risau jugak sat g terlajak macam kat rumah ., buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi ., subhanallah ., memang sangat3 cantik ! Buat pengetahuan siapa3 yang tak tahu ., kawasan dataran masjid ni ada banyak payung besar ., selepas subuh , kami dapat gak tengok camne payung3 tu bukak ., memang moden habis ., hak3

Lepas makan , aktiviti kami adalah melawat Perkuburan Baqi' ., perkuburan ini terletak bersebelahan dengan masjid ., antara yang dimaqamkan di sini ialah isteri3 Rasulullah saw dan sebahagian sahabat3 baginda .,

seterusnya kami ke kawasan Raudhah ,. Pernah bersabda Nabi saw .,
mafhumnya :

kawasan dari mimbarku hingga ke rumahku adalah taman daripada taman3 syurga .,

Alhamdulillah aku dapat bersolat Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan Dhuha di kawasan berkarpet hijau ini ., dapat jugak merasa berada dalam taman3 syurga ., kalau tak kene tunggu mati dulu baru dapat ., itu pon tak tentu sebab kubur boleh jadi taman dari taman3 syurga ataupun lubang dari lubang3 neraka ., mudah3an kita menjadi golongan yang pertama .,

Bersebelah dengan Raudhah adalah Maqam baginda Rasulullah dan dua orang Khalifah Arrasyiddin iaitu Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar ibnu Khattab yang dahulunya adalah rumah Saidatina Aisyah ra ., namun sekarang telah menjadi sebahagian daripada Masjid Nabawi .,

Pernah Aisyah bermimpi akan jatuh 3 bulan ke sisinya ., sebab itulah Rasulullah dan 2 sahabatnya dimaqamkan di rumah beliau ., dan sebagai tambahan ., sebelah kiri maqam baginda dikatakan tempat Nabi Isa as akan dimaqamkan setelah wafat nanti ., wallahuallam .,

P/s : salam kawan3 kepada baginda telah saya kirimkan ., dan ketahuilah bahawa Rasulullah menjawab salam kita semua ., cuma kita yang tak dengar .,

Nak diceritakan kat sini ., para pengawal dan pegawai masjid makin tegas dalam menegah perkara3 mengarot seperti mencium mimbar nabi atau mencium maqam baginda ., ada satu kumpulan tu kalau tak silap dari India kot ., kene tazkirah dengan pengawal ., mujur pengawal sini baik3 je ., kalau dihalau terus ., naya je .,

Untuk muslimat ., masjid ni tak macam Masjidil Haram sebab muslimat ada waktu lawatan ., yang aku pon tak sure bila .,

Feb 21, 2013

Day ten

Hari nie kami lakukan tawaf Wida sebab da nak bertolak ke Madinah dah ., buat pengetahuan semua ., melakukan tawaf ini adalah wajib bagi mereka yang mahu meninggalkan Kota Makkah ., kalau tak dosa kot! Kecuali bagi mereka yang uzur la ., yang paling utama sekali ., aku rase sedih gila la nak tinggalkan Makkah ., tah bila3 la nak datang lagi ., tah ada rezeki ke tak ., nak jadi tetamu Allah ni bukan kita yang nak ., kalau Allah tak izin ., hang kaya mana pon ., hang sihat camne pon ., memang takkan boleh datang ., aku memang rase bertuah sangat3 sebab terpilih tahun ni., alhamdulillah .,

Perjalanan ke Madinah ambil masa 6 jam ., pergh! Dah macam Sg Petani - Kuala Lumpur ., tak termasuk ayah aku la., sebab ayah bawak kereta sp-kl 4 jam pon dah boleh sampai ., hahaha sepanjang perjalanan ., kami ada berhenti di kawasan rehat ., tapi sebelum tu aku nak bagitahu dulu ., Pergh!!!highwaynya cam dalam tv kot ., highway tengah3 gurun ., hak3 pemandangan bukit batu pon sangat menarik ., dengan lembah , unta , pasir , pokok3 yang tak berapa hijau ., kalau korang tengok konfom terpaku sampai tertidur ., aku camtu la., hak3

Kawasan rehat pon style je ., siap ada masjid dan restoran ., Baskin Robbin pon ada kot! Jangan buat main ., hak3 tapi kami bukanlah makan aiskrim ,. Kami makan nasi beriyani ayam panggang dan ikan tilapia goreng Arab style ., sedap la jugak ., by the way ., kami makan dalam talam tapi kemudian punggah je atas meja ., senang cerita ., hak3

P/s :  jangan risau keselamatan saya atau atok atau opah ., sebab kami makan atas meja tu dah berlapik plastik ., hee

Lebih kurang jam 6 kami tiba di Kota Madinah ., so bila sampai pon dekat3 magrib alamatnya masjid dalam bilik la kan?? Hak3 kami menginap di Wasel Alreem Hotel ., dan kami tidur tiga beradik je kot! Opah dan lain3 bilik lain ., so hope for the best for Subh Prayer okayy! Hehe

First impression masuk Madinah ., pergh! Maju betol .,cantik madinah banding dengan mekah .,kami tidur hotel pon tak jaoh dengan Masjid Nabawi ., secondly ., Madinah sejukkkk!! Malam tengok ramai orang pakai sweater dan jaket ., aku je poyo buat macam biasa ., hahaha tapi hari pertama tak dapat masuk dalam masjid ., takpe la ., esok baru masuk eh ., ? Hehe

Feb 18, 2013

Day nine

Hari ni hari terakhir kami mengerjakan umrah ,. Esok dah nak bertolak ke Madinah ., sebelum terlupa ., sementare kami bersiap3 mengerjakan umrah ., rupa3nya di Masjidil Haram ada mengadakan Solat Minta Hujan ., patut la malam tadi cam ada pengumuman bagai ., tak paham punye pasal maleh la nak dengar ., sat g otak kene workhard kot! Mentranslate ke bahasa melayu ., hak3 menurut saksi kes ni ., saudara Sapuan Hakimi merangkap Pakcu Wan yang tak buat umrah hari ni ., Raja Arab ni pon turun mencemar duli kot ., untungla die dapat tengok raja arab ., hak3

Alhamdulillah umrah setel dengan jayanya ., so next mission ! Tawaf kedai ., beli la sikit3 untuk kawan ., sat g kalo nak beli hebat sangat ,. Kami bukanlah saudagar kaya tapi hanyalah orang kebanyakan ., hee

Malam tu lambat gak la sampai hotel ., ate nak pergi tempat standard je ., kat menara jam besar tu ., hak3 alhamdulillah kami wakafkan beberapa alquran ., mudah3an bile orang bace ., diorang dapat pahale ., kami pon menumpang .,

Opps!ade sambungan ., maafkan saya kerana terlambat ., cerita baru sampai ke tangan pembaca berita ., hahaha

Kan kat atas ade bagitahu hari ini ada Solat Istisqa aka solat minta hujan ., salah eje minta maap awal3 ., so nak tunjuk la sedikit hasil camera saksi kejadian ., alahai tak dapat teman tolongnya ., dari mobile tak boleh tarok video plak ., maybe nextime okayy!

Tapi ni ada sedikit input mengenai solat jenazah setiap kali selepas solat waktu ., mase mule3 datang dulu ., seriusly aku ingat buat solat jenazah ghaib sebab imam guna isim jamak ., mane la tahu tah3 untuk orang Palestin ke Syria ke kan? Nah kau ., bukti bahawa memang ada jenazah ., pergh! Terkejut aku ., bukan sorang je ., memang banyak pon rupenya ., gambar tu adalah jenazah dua orang bayi dan dua dewasa ,, mase lain tak tahu la plak .,

P/s : kami dah jalan kat tempat nie dah mase dok ronda3 dalam Masjid ., patut la tempat nie kosong je ., rupe3nya tempat letak jenazah .,