Feb 16, 2013

Day six

Hari ni hari jumaat ., penghulu segala hari ., mengikut haji Sebri , hari jumaat ramai orang turun masjid so kami tak buat umrah dan ke masjid awal ., yeah! Pagi tadi lepas subuh mama mesej kate result aku alhamdulillah lepas 3 pointer walaupn cukup3 makan je., risau la jugak sebab senior selalu cakap nak lepas 3 pointer pon jenuh!by the way aku baru tahu semalam ., kat lobi ade wifi .,

Sekarang aku tahu camne yang dimaksudkan dengan ramai orang bila hari jumaat ., masya Allah ., lambat lagi masuk waktu pon orang dah berpusu3 ., kalau kat tempat kita memang tak la., semoga aku dapat kekalkan momentum.,amin3! Aku duduk sebelah Arab mane tah ., die dok cakap arab je dengan aku ., mujur faham sikit3 ., arab dulu dapat berape je ., so takpe la kan?hahaha then sebelum balik die bagi aku tasbih dan bagitahu nama die Fathullah ., semoge diberkati ., amin3!

Petang tu masa magrib kami tak sempat masuk masjid ., diorang dah tutup jalan dari tempat saie ke masjid ., azan magrib punya la sedap tapi tibe je spoil alahai bilal sakit tekak weh! Hak3 tapi tak macam kita kot ., dia dah ehem3 betulkn tekak boleh sambung balik 'aaaaaa~' ., aku tabik spring!!

Kami tawaf timing tepat3 je teros dah masuk waktu isyak so solat depan Kaabah je ., subhanallah ., maka para pengawas pon menjalankan tugas *ak main cakap je pengawas ,, ate tatw dme name ape ., * keje diorang menghalau orang laki dan perempuan supaya asing time solat ., tibe je ade sorang Arab turut jadi pengawas tak berbayar , pergh!die tarik3 nyer bini orang cakap ''solat!solat!solat!haram tawaf mase solat!'' pengawas pon tak buat camtu ., last3 sekali ade sorang bapa dan anak laki pon kene camtu gak ., tapi ayah die ngamok3 cakap ., ''akhir!akhir!'' dan blah., pengawas tak berbayar pon muke tensen je teros masuk sebelah kami .,

Lepas isyak kami ke area bawah jam sebab nak cak duit ., tapi sebelum sampai tu., tibe ade sorang Arab terbaring., tak tahu la pengsan ke sawan ke mati ke.,

Kami jalan3 cari makan tibe je keadaan jadi kecoh ., rupenya haji3 Arab tu tangkap orang mencuri gamaknya ., yang malunya.,aku tengok macam orang melayu takpon indon ., harap3 indon la ., tapi masalahnya die pakai baju melayu ., adeii!! Kesian arab3 tu dok tarik3 baju die.,pergh!dah macam lalat hurung taik da.,bile polis datang baru diorang bawak ke tepi ., dan orang beransur dari situ

And tonite!kami shopin!hahaha beli jubah untuk ayah n adik3 n orang ehem3 tu.,hahaha

Day five

It the day five i've been here ., and yet still didnot find the cure for .,.,.,.,.,.,,. Aish!ngarot3.,.,hak3

Hari ni kami miqat jaoh sikit.,di Hudaibiyah ., yup , tmpat berlakunya Perjanjian Hudaibiyah sebelum peristiwa Fath Makkah .,

Tempat nie menurut Haji Sebri subur sebab ada air., tapi aku tengok subur ke tak ., tetap ada pasir sebab nie kan tanah Arab ., cek balik peta dunia kalau ada yang tak tahu tanah arab kat mane .,

Sebelum kami tiba di tanah halal iaitu Hudaibiyah ., kami singgah di kebun unta ., eh3! Ladang unta?? Aku tak sure ape kata namanya ., yang penting aku pegang unta sekor dan dapat rasa susu unta yang rasanya macamm .,.,., susu unta la!nak rasa sendiri ., sebotol 5 riyal :P

Selesai umrah ., lepas zohor balik bilik rehat3 ., asar di masjid Jin yang aku cerita hari tu., penoh kot manusia! Aku ingat kot3 la kurang sikit ke ape ., hak3 balik je asar ., jengjengjeng!aku pergi cukur kepale ., hahaha macam lawak pon ade ., nak pegang kepale sendiri pon macam ragu3 je., :D baru aku tahu kulit kepale nie tebal kot! Hahaha

Day four

Menyambung jejak rasul di luar Makkah bertolak jam 7 30 am meskipun janjinya 6 30am ., jangan tak kenal janji melayu .,
Tapi sebelum apepon ., alhamdulillah pagi sebelum subuh ., kami berkesempatan berqiamulail di MasjidilHaram ., *kat tempat sendiri pn tak penah buat kot!

Destinasi pertama kami ialah Gua Thur ., tapi tengok dari jaoh jela ., ate nak naik Jabal Thur ambil masa sampai 2 jam kot!memang tak dapat la nak naik , melainkan pergi sendiri .,

Kemudian kami ke Padang Arafah dan Jabal Rahmah ., padang arafah dah jadi kebun dah kate mutawif sebab dah banyak pokok ditanam ., kire masa depan teduh la tu ., di Jabal Rahmah memang ramai orang naik ., kat sini orang kate nak doa dapat jodoh paling best sebabnya di sinilah Nabi as bertemu semula dengan Siti Hawa ., so aku pon tak lepas peluang la doa minta jodoh ., hahaha

Kemudian kami melalui Muzdalifah iaitu tempat para jemaah mengutip anak batu untuk dilontar jamrah ., kate mutawif , bile mase haji memang sibuk dari Arafah ke Muzdalifah so ad 9 jalan dibuka ., banyak betul! Seterusnya kami melalui Mina , tempat melontar jamrah , banyak gile khemah kat tempat nie ., by the way , for your information , btw , fyi masa on the way aka otw ke Muzdalifah kalau tak silap ., terdapat tembok air yang dibina pada zaman Khalifah Harun Ar Rashid ., maklumla zaman tu mana nak ada paip macam sekarang ., maka bersyukurlah dengan kemajuan yang ada tapi masa yang sama berwaspadalah kerana kita ni umat akhir zaman yang banyak godaannya.

Selepas miqat umrah di Jahranah ., kami sekali lagi lalu je kat Jabal Nur tempat baginda SAW menerima wahyu pertama iaitu di Gua Hira' ., yang nie kalau nak naik hanya ambil mase 45minit ,.

Next stop! Masjidil Haram menunaikan umrah ., alhamdulillah sebelum masuk Asar kami dah selesai ., penat3 ., rehat cam nak tidur plak ., tapi No!No!No! Magrib da nak masuk ., 6 18 pm .,

Selepas solat isyak , kami tekad nak pergi cium Hajar Aswad so isyak , kami solat dekat3 je dengan Kaabah dan lepas je bagi salam teros bergerak ke Rukun Hajar Aswad ., dan akhirnya selepas bertolak3 dengan bantuan Indon ., alhamdulillah dapat gak cium ., agak nyesal sebab tak cium lame3 ., tp syukur jela ., hehe  Malam tu kami naik ke tingkat paling atas Masjidil Haram .,

Day three

12 februari 2013

Hari ni kami berziarah ke sekitar Makkah tetapi sebelum itu dengar dulu tazkirah oleh ustaz ahmad ridhawi ., pertame kami melawat perkuburan ma'la. Di situ terletaknya makam saidatina khadijah r.a dan beberapa org sahabat seperti abd rahman bin abu bakar . Seterusnya kami melihat Masjid Jin iaitu tempat di mana Rasullulah SAW telah mengislamkan jin pada awalnya namun kami tak dapat masuk ke dalam ruang solatnya ., tetapi mengikut ustaz , masjid ni ada banyak jin dan menjadi tempat berkumpulnya jin3., berdekatan hotel kami juga terletak Masjid Sajarah atau Masjid Pokok , dinamakan sedemikian kerana tercatat dalam sirah Rasulullah saw ., bahawa pernah baginda dicabar kafir makkah supaya memanggil pokok tersebut kepadanya ., dan ternyata baginda memanggil dan pokok itu berjalan ke arah baginda langsung sujud ,,

Tamatlah sudah jejak rasul oleh agen kami ., namun tidak bagi kami ., meneruskan perjalanan sehingga kami menemui Maktabah Makkah Mukarramah atau pada awalnya adalah tempat kelahiran Rasulullah saw ., sesampai kami di sana , banyak papan tanda "Tidak ada kesahihan bahawa ini adalah tempat kelahiran baginda,dilarang meratap dan sbgainya" gamaknya ramai la kot orang dok buat perangai pelik3 kt situ . Sebelah daripadanya ialah Telaga Zamzam ., ramai orang menyimpan air dalam botol kecuali orang India je yang pelik sikit ,. Simpan air dalam kain ., mengikut pakcik aku ., itu sebab kerajaan India tak bagi bawak balik air Zamzam., kesian.,

Selesai suda jejak rasul kami ., next pitstop ., area pintu utama masjid Haram aka area jam besar tu ., cantik tambahan dengan pusat membeli belah yang sangat standard ., cewahh!! Hak3 nak cerita cane baiknya muslim3 kat sini ., mase kami tengah makan nasi beriyani laok kambing ., tibe je ade mamat turki datang bagi salam terus minta ayam kami cakap 'halal!halal!halal!' ., kami pon 'halal!halal' la ., haha

Malam tu kami selepas magrib pegi la tawaf tapi niat nak tawaf dah terbatal sebab dok kene tolak dengan orang ., hasilnya tak pase2 yayan dapat cium hajar aswad walaupn kene pau 50 riyal dan kami adik beradik dapat solat di Hijr Ismail ., alhamdulillah

Day two

11 februari 2013

Subhanallah ., the first word out of my mouth pada lebih kurg 6 00am waktu saudi ., aku telah selamat tiba di kota makkah wlaupun banyak tertidur dalam bas tadi .,

Hotel kat sini simple je ., kami tinggal 7 orang dan ada 7 katil single bed ., okayy la kan?? Jam 8 pg kami bergerak untuk sarapan dan setelah beberapa ketika tunggu semua jemaah ., kami bergerak ke masjid al haram melalui pintu marwah ., subhanallah ! Lautan manusia kelihatan di lapangan masjid terutama di rukun hajar aswad dan belakang makam ibrahim .,

Aku bergerak bersama3 opah dan lain3 tp terpisah ., dan aku akhirnya berjalan dengan adikku imran aka yayan ., selesai tawaf kami saie dan ternyata memang penat ., tak tahu la camne atok dengan opah ., tadi mse teserempak pon tengok dah naik merah muke atok ., kesian ., tapi atok tanak naik kerusi roda so nak wat camne kan ? By the way kasut kami semua hilang ., alamatnya berkaki ayam la ., mujur kedai kasut dekat je ., pengajaran ., jangan tinggal kasut! Bawak je mase tawaf dan saie .,

Malamnya kami bergerak ke masjid utk solat magrib ., kami lambat sebab tertidur sampai dekat3 magrib la jugak .,  so kami solat kat luar je ., selepas magrib baru kami bergerak masuk ke masjid dan menunaikan tawaf sunat dan solat sunat ., alhamdulillah kami dapat solat di lapangan sekeliling kaabah ., mak aih! Manusia himpit3 kot .,dan bila dah masuk waktu , lelaki dan perempuan diasingkan ., agak kesian gak la hajjah3 *kate pengawas arab* kena halau .,

Sedikit peringatan :

Waktu tengah tunggu isyak ., kami duduk belakang ada arab3 kot dok sembang3 ., pastu sorang sheikh tegur 'hazal makan li solat , li zikir , li qara alquran ., one thousand times!' terdiam teros pakcik3 arab uh.,

Umraa - Day one

Hari pertama (10/2/13)

Jam menunjukkan 12 33 ., pakistan international airline (PIA) blepas ., maka bermula langkah pertama untuk mengerjakan umrah ., aku bnasib baik sebab atok , opah , pkcik ta , pkcu wan dpt turut serta ., transit kami di Karachi .,

Selamat tiba di Jinnah International Airport pada pukul 6 32 pm atau 3 40 pm waktu pakistan ., pengalaman berada selame beberape jam ., tak tahu la ini stigma rakyat ataupn pekerja kt airport ni ., tp yg ad depan mata kami ialah mereka suke pau org ., tahu tak pau tu ape ? Yup yg makanan tu la ., kalo ko ckp yang tu ., aku ketok3 kang., hahaha pau uh cam minta tips uh ., masalahnya mereka minta paling kurang nak not merah ., not biru tak nak wey ., pengajarannya.,paham3 sendiri ye ., bertolak dengan transit PIA pada jam 2 22am waktu malaysia dah siap ihram ., dan aku duduk sebelah orang pakistan

Feb 8, 2013

Kem pimpin siswa lanjutan

Assalamualaikum kawan2 ., tp mungkin sekarang korg dah ta kenal kot ., sbb muke itam kot! Blek kg kne gelak je dengan opah ., tensen je ==' but it's okayy sebab thats the prove! Hahaha tp actually malu la jugak

By the way ., aku nak cerita la serba sedikit tentang kem nie yg terbahagi kepada 2 modul iaitu ketahanan diri dan pembangunan kendiri .,

Modul ketahanan diri ., kami berakit sg perak dari kg cegah galah sampai ke sk kuala kenas ., pergh! Jangn cite la berape jauh uh ., nak tercabut dah tangan ak mengayuh ., tapi paling best dalam berakit selama lebih kurang 8 jam untuk dua hari ialah dapat ahli kumpulan Beruang Ganas yg best3! So tak kesah la kami dapat no 2nd last pon ., hahaha thanx ijat , azlina , mazni , ainun , siti , dan azie ., best sangat grop dgn korang! Thanx jugak sebab masak elok3 ., (kalo harapkn ak ., mg dme makan nsi ta masak la ., hahaha)

P/s: ak catat rekod berzikir palg byk sepanjang hidup 19 tahun sebab kami countin pakai zikir ., more reason ak suke group aku ., hahaha

Modul pembangunan diri di De Baron Resort Langkawi ., yang nie best gak walopn aku rase tak semesra dengan ahli kumpulan cam kt sg perak ., but! No worries! Sebab kami belajar camne nak berkawan dengan Amin Idris ., ha!!! Knl ta?? Pengacara kt Tv alhijrah uh la., bnyak input dari dia sebab sehari kot dengan dia ., daripada kepentingan matlamat > kuasa pentas dengan pidato > cara komunikasi > grooming! Pergh! Aku tatw la berape USM bayar ., hahaha esoknye plak penceramah kami adalah Zulkifli Bujang ., yup!thats right ., dia ialah pemberita BernamaTV (kalo ta silap la) ., dari dia, kami belajar etika! Yeah! Sounds great kn??tp aku taubat kalo orang jemput makan formal ., ak tanak pergi ., lambat + jen0h! Hahaha

Last day ., kami jalan3 cable car dan shopin! Rumusan! Kem nie sangat3 best walopn hasilnya muka aku dah hitam terbakar ., btw bnyak gak kawan aku dapat dari kampus kejuruteraan dan kesihatan ., :)