May 18, 2011

Once Upon a Time =]



saya suka sangat dengan ayat itu
 ' SUATU KETIKA DAHULU '

dahulu masa zaman sek0lah menengah dulu asal bile boring je tangan ni mula la merayap cari pensel dan kertas.bukan nak buat apapun.just mencoret ala-ala quote 'suatu ketika dahulu'
 tapi bila rasanya kini la saat nyer


SUATU KETIKA DAHULU di SEKOLAH IZZUDDIN SHAH


bila ingat balik masa awal3 dulu.bukannya minat pun nak masuk izzuddin nie tapi sebabkan atok saya yang menggalakkan sebab beliau ustaz........
 *tapi kalau ikutkan memang semua orang tua suruh masuk sekolah agama.kan3??


maka masa terus berlalu......


dan terus berlalu.......


dan berlalu........




sehinggalah hari terakhir selepas 5 tahun menuntut ilmu yang melimpah-ruah di bumi barakah


sungguh terasa berat untuk meninggalkan bumi yang selama ini menjadi tempat bermain belajar dan berdikari


sungguh terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh ahlinya


kini bakal menjejakkan kaki ke tempat yang lebih tinggi.


ALL THE BEST !!! =]




^___________________________________^


SUATU KETIKA DAHULU
aku pernah menjadi kanak-kanak yang leka bermain blok kayu di 
TADIKA KEMAS taman sri kurau.


SUATU KETIKA DAHULU
aku pernah main tangkap belalang di padang SK LA SALLE


SUATU KETIKA DAHULU
aku pernah main pepsi cola di kelas SK TASEK DERMAWAN


SUATU KETIKA DAHULU
aku pernah memandang langit yang bekerdipan bintang di
SEKOLAH IZZUDDIN SHAH


NAMUN KINI
.semua itu sudah ditinggalkan.
kini aku membesar untuk mengejar cita-citaku..!!
 ^____^











May 15, 2011

the grass is always greener on the other side



Pada suatu masa dahulu.ketika haiwan3 semua boleh berbicara dan berfikir ~

Seekor anak monyet bersiap-siap hendak melakukan perjalanan jauh. Ia merasa sudah bosan dengan hutan tempat hidupnya sekarang. Ia mendengar bahawa di suatu tempat lain dunia ini ada tempat yang disebut "HUTAN" di mana ia berfikir ialah tempat yang lebih "baik" daripada tempat tinggal sekarang.

"Aku akan mencari kehidupan yang lebih baik!" katanya dengan penuh smangat. 

Orangtua si Monyet, meskipun bersedih, melepaskan kepergiannya.sambil menyedapkan hati sendiri, "Biarlah ia belajar untuk kehidupannya sendiri," kata sang Ayah kepada sang Ibu dengan bijak.


Maka pergilah si Anak Monyet itu mencari "HUTAN" yang ia gambarkan sebagai tempat hidup si Anak Monyet yang lebih baik. Sementara kedua orangtuanya tetap tinggal di hutan itu. Waktu terus berlalu, sampai suatu ketika, si Anak Monyet itu secara mengejutkan kembali ke orangtuanya. Tentu kedatangan si Anak Monyet itu disambut gembira orangtuanya.



Sambil berpelukan, si Anak Monyet berkata, "Ayah, Ibu, aku tidak menemukan hutan seperti yang aku angan-angankan. 

Semua binatang yang aku temui selalu kehairanan apabila setiap aku menceritakan bahawa aku akan bergi ke sebuah tempat yang lebih baik bagi semua binatang yang bernama "HUTAN". Malah, mereka mentertawakanku." sambungnya sedih.Sang Ayah dan Ibu hanya tersenyum mendengarkan si Anak Monyet itu. 

"Sampai aku bertemu dengan Gajah yang bijaksana," lanjutnya.

"Ia mengatakan bahwa sebenarnya apa yang saya cari dan sebut sebagai "HUTAN" itu adalah hutan yang kita tinggali ini!. Kamu sudah mendapatkan dan tinggal di hutan itu!

"Benar, anakku. Kadang-kadang kita memang berfikir tentang hal-hal yang jauh, padahal apa yang dimaksud itu sebenarnya sudah ada di depan mata.




p/s : kuman diseberang laut nampak . gajah depan mata tak nampk.. hargailah sebelum kita kehilangannya..



May 5, 2011

maa!! pokok pon ada warranty ke??

assalamualaikum and salam sejahtera ^^



pada suatu petang yang agk terik tapi disebabkan laman rumahku menghadap ke BARAT (sunset)
 kebetulan ada rumah jiran yang menghalang sinar sang mentari maka....

"IQBAL !!! meh tolong mama potong rumput ni..dah panjang dah...kamu dala malas..!! "

maka saya pergilah membantu memandangkan anak yang baik la katekn
 *jgn jeles yeee~~ ^^

masa tengah dok mencangkul tanah ( nak mengembur tanah la konon nyer )

lalu sebuah lori yang sangat indah dek kerana dipenuhi tumbuhan3 yang berwarna-warni..



STOP kt rumah saya dan sembang dgn mama tanya : 

"ehh u..kenapa u punya pokok daun sumea suda gugur?" 
* orang india laa~ so ad la pelat3 die uh..bayang la sndri yee^^

pastu dia dok promote ubat pokok and so on......

suddenly...

"eyh,knape u punye pokok tu tarak kembang??"

mama kate : 'itu laa..saya pon tataw...itu hari u la yang tanam.."

dengan penuh CONCERN dia kata :

"tapa3..es0k saya bawak u pokok baru ganti..u kasi korek saja tanah"
*for ur info.we bought those plants last year*

p/s :
 hadirin sidang dewan yang  sangat saya hormati..
dapat lah kita mengambil iktibar bahawa betapa seorang yang bukan islam sekalipun tetap berlaku jujur dalam perniagaan.apatah lagi kita yang muslim since 1day olds..

dulu nabi muhammad saw pun buat perkara yang sama kan..
s0
renung-renung kan lah


credit to : my friends those who will be a successful businessman^^ 
( berkat lagi penting dari keuntungan )


Apr 29, 2011

b0san la hid0p nie..rse nak mati je ~~


Seorang lelaki berjumpa dengan seorang Guru. Katanya:

"Guru, saya sudah bosan hidup. Benar-benar bosan. Rumah tangga saya porak peranda. Usaha saya kacau. Apapun yang saya lakukan selalu gagal. Saya ingin mati".
 Sang Guru tersenyum: "Oh, kamu sakit".
 Jawab lelaki tersebut : "Tidak Guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya bosan dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati". 
Seolah-olah tidak mendengar kata-kata lelaki tersebut,
 Sang Guru berkata, "Kamu sakit. Penyakitmu itu bernama 'Alahan Hidup'. Ya, kamu alahan terhadap kehidupan".
"Penyakitmu itu boleh disembuhkan, asal kamu benar-benar bertekad ingin sembuh dan bersedia mengikuti petunjukku", kata Sang Guru lagi.
"Tidak Guru, tidak. Saya sudah betul-betul bosan. Tidak, saya tidak ingin hidup lebih lama lagi", lelaki itu menolak tawaran sang Guru. 
"Jadi kamu tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati ?", tanya Sang Guru. 
"Ya, memang saya sudah bosan hidup", jawab lelaki itu lagi. 
"Baiklah. Kalau begitu besok petang kamu akan mati. Ambillah botol ubat ini. Malam nanti, minumlah separuh isi botol ini. Sedangkan separuh sisanya kau minum besok petang jam enam. Maka esok jam lapan malam kau akan mati dengan tenang",pesan Sang Guru.

Kini, giliran lelaki itu menjadi bingung. Sebelumnya, semua Guru yang dia temui selalu berupaya untuk memberikan semangat hidup. Namun, Guru yang satu ini aneh. Bukan memberi semangat hidup, malah menawarkan racun. Tetapi, kerana dia memang sudah betul-betul bosan, dia menerimanya dengan senang hati. Setibanya di rumah, dia terus meminum setengah botol racun yang disebut 'ubat'oleh Sang Guru itu tadi.
Lalu, dia merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Begitu rileks, begitu santai! Tinggal satu malam dan satu hari dia akan mati. Dia akan terbebas dari segala macam masalah. 
Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di restoran Jepun. Sesuatu yang tidak pernah dia lakukan selama beberapa tahun terakhir. Ini adalah malam terakhirnya. Dia ingin meninggalkan kenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya amat harmonis. 
Sebelum tidur, dia mencium isterinya dan berbisik, "Sayang, aku mencintaimu". Sekali lagi, kerana malam itu adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis.
Esoknya, bangun dari tidur, dia membuka tingkap bilik dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia tergoda untuk melakukan jalan pagi. Setengah jam kemudian dia kembali ke rumah, dilihat isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkannya, dia masuk dapur dan membuat dua cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis!
Sang isteri merasa aneh sekali dan berkata : "Sayang, apa yang terjadi hari ini? Selama ini, mungkin aku salah. Maafkan aku sayang".

Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Pekerjanya pun bingung, "Hari ini, Boss kita nampak aneh ya?" 
Dan sikap mereka terhadap dia pun turut berubah. Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis! Tiba-tiba, segala sesuatu di sekelilingnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih toleran, bahkan menghargai terhadap pendapat-pendapat yang berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mulai menikmatinya.
Pulang ke rumah jam 5 petang, dia melihat isteri tercinta menunggunya di depan rumah. Kali ini isterinya memberikan ciuman kepadanya sambil berkata, 
"Sayang, sekali lagi aku minta maaf, kalau selama ini aku selalu menyusahkan kamu". Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, "Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu tertekan kerana tingkah laku kami".

Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali.Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia melupakan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol 'ubat' yang sudah diminumnya petang semalam?
Dia terus pergi menemui Sang Guru. Melihat wajah lelaki itu, Sang Guru terus mengetahui apa yang telah terjadi dan berkata,
"Buang saja botol itu. Isinya air biasa. Kamu sudah sembuh! Apabila kamu hidup pada ketika ini, apabila kamu hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemput kamu pada bila-bila masa saja, maka kamu akan menikmati setiap detik kehidupan.
Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Berlembutkan dengan hidupmu, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kamu tidak akan bosan. Kamu akan mula merasai hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan.
Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Sang Guru, lalu terus pulang ke rumah untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Semenjak hari itu, dia tidak pernah lupa untuk hidup pada ketika ini . Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP.


 p/s : hargai la hidup kte yg smntare nie..hidup hanya skali..lakukan lah sgla pkre yang nak dilakukan slagi mmpu..namun harus diingati bhwe stiap pkre yang dilakukan di ats mke bumi nie..akn dicatit oleh malaikt di kiri dan kanan kte..dan tiada yang terlepas dari pandangan-Nya.peringatan untk smue termasuklah yang mnaip nie.^^

Apr 20, 2011

knape xley kurus nieyh!!

assalamulaikum . w.b.t 

brikut adalah ungkapan yg sering sye d0k dga drpd mereka3 yg nk kurus..tp malang nyer..idak gak kurus3..ish3 sympaty sye....~~

" awat xma0 kur0s3 nieyh..pnt da d0k telan bek0tak3 pil kurus..!!"
"ak da wat mcm3 da nk kc slim nieyh..npe xma0 nk kurus3 nieyh..!!"
"npe la ak nieyh boroi sgt.."


p/s : sye xtergolong yee...xcuse me~



5 Sebab Anda Gagal Mengurangkan Berat Badan


Kita tidak sukakan perubahan: Tiada siapa yang sukakan perubahan- contohnya menukar sarapan lazat yang telah anda nikmati selama bertahun-tahun. Its hard to break habits...lagi2 sekiranya perubahan itu drastik kepada cara pemakanan dan gaya hidup. Walaupun untuk jangka masa pendek anda rela dengan perubahan itu, ramai yang gagal untuk jangka masa panjang kerana bosan. 

p/s : Lakukan perubahan dengan perlahan-lahan or make changes one at a time. As you adjust to those changes, continue on making changes. 
     

Tiada kesabaran: kita semua inginkan hasil yang cepat.....tetapi ingat: Mungkin ia telah mengambil masa 5-10 tahun untuk menambahkan berat badan anda, tapi kebanyakan orang ingin perbubahan dalam masa 12 minggu? Walaupun tak mustahil tetapi ia tidak praktikal sama sekali.

p/s : Sabar lah wahai manusia 

Matlamat tidak realistik: Ini berpunca kerana terlalu banyak menonton TV atau muka depan sesebuah majalah. Ramai yang ingin kelihatan menarik seperti model. Adakah ini munasabah ? Tentu sekali dan ia selera masing-masing. Cuma ia akan mengambil masa.

p/s : Fikir apa yang praktikal.



Tiada panduan: Sama seperti memandu dalam gelap tanpa peta ( panduan ). Ramai yang tiada panduan diet dan senaman dan dengan itu, menyerahkan kejayaan dan matlamat kepada nasib.

p/s : Kalau tiada ahli keluarga atau kawan yang sesuai, dapatkan panduan
       daripada orang yang berkelayakkan, panduan buku, internet 

Kurang pengetahuan: Ini lebih kurang sama dengan "tiada panduan". Anda perlukan ilmu pengetahuan asas yang kukuh untuk mengawal "nasib" berat badan dan kesihatan anda. Ini bukan soal nasib. Sesetengah orang mengunjungi gim hari2 tetapi masih gagal dalam usaha mereka untuk mencapai azam mereka. Kenapa? Kerana tiada know-how dan melakukan perkara di gim yang bercanggah dengan matlamat mereka.



ne satu yg ngandung nieyh??